Malaysia

All Info Regarding Malaysia

Saturday, November 14, 2015

RM10 ribu untuk Atap BOCOR



Dua bulan lepas, tempah atap dgn LJ Barokah enterprise, Jln Bypass, Bukit Rangin Kuantan.
Quatation RM10.2 k, janji siap dalam seminggu katanya.

Mcm biasa deposit RM3k+2k (27 ogos) dibayar tanda setuju.
Lepas a few weeks mintak lg duit untuk beli cat, bayar RM1 k. Lepas sebulan tunggu smp 3 okt tak dtg lg pasang.
Komplen, katanya pekerja sub tak datang. Dia tunjuk gambar barang semua dah redi, Mintak lg duit sebelum pasang, saya bayar lg RM 1 k, pastu tunggu lagi, 8 okt baru datang pasang. Asal janji seminngu siap pasang, jadi sebulan lebih.. tapi kira ok la sbb akhirnya datang pasang.

Lepas pasang, terus mintak balance, secara luarannya atap memang nampak ok kerja cuma ada bahagian lantai yg terkena api welding. Pekerja dia ni mcm tak pernah welding je, tak tau ke kalau welding atas lantai akan meninggalkan kesan, abis tile lantai yg baru pasang. Komplen, katanya boleh hilang kalau polish.Duit dia ada balance RM3.2k lagi, sy cuma bayar RM3k, RM200 reserve utk kerja polish balik lantai.

Selepas beberapa hari, hujan pun turun, terkejut tengok atap bocor di semua tempat. Naik atas atap, terkejut tengok pekerja dia pasang atap, macam orang tak sekolah buat atap, patutnya hujung atap polycarbonate tu masuk dalam gutter, ini tak masuk pun, budak darjah 3 pun boleh pikir. Patut la bocor teruk sangat. Bahagian lain pun bocor teruk, nampak sangat kerja2 silikon tak buat secara betul. kesimpulannya mereka ni tak pandai pasang atap.



24 okt, komplen atap bocor, katanya esok sy dtg. Lepas tu tak datang,
27 okt, wasap lg, katanya hujung minggu nak datang, tunggu2 tak datang.
4 Nov, wasap lg, katanya petang saya datang. tunggu tak dtg jugak.
Telefon tak angkat dah, Macam ni la segelintir peniaga melayu, duit dah abis RM10k, atap tak boleh pakai lagi.

Telefon beberapa kali tak angkat sampai sudah.

Pagi ni dah 14 Nov, Belum nampak muka.

So berhati2 la dengan Barokah Enterprise ni. Nama owner Mohd Hasmiyzol bin Arifin. Ni FB beliau  dan FB Barokah enterprise. Ini gambar bengkel, sebelah Restoran MabIQ jalan bypass Kuantan.  Elok bagi viral je, supaya orang lain tak terkena.